Rabu, 18 November 2009

Blogger Dapat Projek

Saya petik artikel blogger tersebut:

Nizar News: Jalan Lorong Kaki 100 Meter Ke Rumah Telah OK: Dapat Peruntukan ADUN Tempasuk

Semalam Pegawai Kemajuan Rakyat Kota Belud Saudara Bagdad Haji Turogan telah menghubungi saya melalui telepon bimbit bahawa menimbun batu kasar untuk lorong kaki ke rumah saya di kampung Rampayan Ulu Kota Belud telah mendapat peruntukan sebanyak RM6,000.00 daripada ADUN Tempasuk Datuk Haji Musbah Jamli.

Lorong kaki ke rumah saya tersebut telah wujud sejak lebih 50 tahun lalu. Walaupun jaraknya hanya 100 meter, akan tetapi peruntukan untuk menimbus dengan batu kasar tidak pernah kunjung tiba.

Hanyalah selepas bulan puasa lepas apabila secara kebetulan saya berkunjung ke rumah ADUN Tempasuk tersebut, walaupun dalam suasana hariraya, saya sempat berbisik,perihal keadaan lorong kaki ke rumah saya. Sekiranya lorong kaki tersebut masih boleh dilalui oleh kenderaan walaupun berlumpur, saya tidak akan membisikkan kepada ADUN tersebut, namun kerana tidak dapat dilalui lagi, dan saya terpaksa menyadaikan kereta saya di tepi jalan kampung, dan jalan kaki ke rumah, maka saya membuka mulut.

Ternyata hanya sekali buka mulut, ADUN Tempasuk itu telah mengarahkan PKRnya untuk menyenaraikan lorong kaki tersebut dan dimasukkan dalam peruntukan ADUN Tempasuk dan perlu dilaksanakan pada tahun ini juga.

Syukur, walaupun projek tersebut belum dibuat, namun peruntukan telah ada.. adalah dirasakan sebelum tahun ini ditutup, kereta saya akan "nyepi" ke tangga rumah!.

Terima kasih banyak.


KOMEN SAYA

Menurut maklumat sahih yang telah saya terima, jalan tersebut baru sahaja mendapat peruntukan daripada jabatan yang lain baru-baru ini.

Maklumat dari orang terdekat menyatakan Encik Baghdad Turugan meluluskan peruntukan tersebut memandang ada kepentingan tertentu. Salah satunya En. Baghdad telah melaksanakan banyak projek melalui Titian Jasa Enterprise. Untuk mengelakkan beliau disiarkan dalam blog, maka dengan itu beliau meluluskan peruntukan RM6000.00 sahaja.

Perkara ini harus disiasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, kerana terdapat unsur-unsur yang meragukan. Seorang pemimpin kemajuan rakyat N.06 Tempasuk dalam masa yang sama menjadi kontarktor yang membolot projek di N.06 Tempasuk.

HARAP SPRM MEMBUAT SIASATAN !!!! DHMJ ADUN Tempasuk harus sedar!!!!

8 ulasan:

  1. saya suka catitan saudara ini.. kali ini lah jalan lorong kaki saya.. jadi berita.. selama lebih 50 tahun tak ada yang minat.. teruskan.. tapi jangan sampai timbus batu gagal.. kerana.. saya tak dapat lalu tempat tu.. kalau hujan.. berlumpur

    BalasPadam
  2. Kalau soal simen rasanya sekali sentuh DHMJ akan luluskan sedangkan sekali bisik sudah dapat peruntukan RM6000 untuk kepentingan peribadi sdra Musram...tetapi bagaimana kepentingan orang ramai...

    Kalau soal RM6000 besar lagi gaji sdra Musram di SAFMA dulu RM18,000+++

    BalasPadam
  3. Saudara Uladtangliga,

    Si Musram sekarang mengugat Datuk Musbah, sebab itu kena bagi projek RM6,000.00. Saya juga dengar jalanraya itu sudah dua kali dibaiki pada masa yang sama. Ini bermakna Musram untung penuh RM6,000.00 kerana tinggal klim sahaja kerana jalanraya ini sudah dibaiki oleh kontraktor yang lain.

    BalasPadam
  4. Salam,
    siapa kontraktor...titian jasa agaknya?

    BalasPadam
  5. Radiamoda sahabatku,

    Titian Jasa Kompom!

    BalasPadam
  6. sdr uladtalinga... sdr claim lah... kemudian gunalah duit tu...

    BalasPadam
  7. sdra Musram, jalan raya saya sejak zaman Jepun belum dapat peruntukan, jadi tolong bisikan pada DHMJ pada hari raya akan datang, mana tau boleh lulus...

    Sdra Musram memang beruntung kerana dulu kerajaan bagi jawatan tinggi sekarang projek pula..

    ikhlas orang tawadakan penyokong kuat Idris Kisab

    BalasPadam