Selasa, 1 Disember 2009

JKKK HILANG WIBAWA, SALAH SIAPA?





Kerajaan perlu menjelaskan kepada umum akan kewibawaan JKKK (JAWATANKUASA KEMAJUAN DAN KESELAMATAN KAMPUNG) yang diabaikan tetapi kontraktor pula yang dipuja, di mana apa yang dapat kita perhatikan mutakhir ini, zaman pemerintahan UMNO Sabah, tidak seindah berbanding dengan kerajaan terdahulu di Sabah contohnya zaman USNO, BERJAYA dan PBS di mana setiap pembangunan yang dibawa masuk ke kampung-kampung mestilah melalui atau atas pengetahuan JKKK walaupun pelaksanaan projek tersebut dikendalikan oleh syarikat-syarikat kontraktor.


Dalam masa yang sama juga JKKK diberi peluang mengendalikan projek-projek pembangunan di kampung masing-masing di mana juga kebanyakan peruntukan dari KPLB, Peruntukan Khas ADUN dan Parlimen semuanya dikendalikan oleh JKKK, atas dasar andai JKKK memperolehi keuntungan maknanya JKKK di setiap kampung mempunyai tabung bagi tujuan untuk membantu mereka-mereka yang didalam kesusahan serta mereka-mereka yang dilanda bencana alam. Ini memberi dorongan kepada JKKK untuk terus aktif merancang pembangunan kampung masing-masing disebabkan perbelanjaan mereka boleh ditampung oleh tabung badan JKKK berkenaan.


Realiti kebelakangan, ini kerajaan UMNO khasnya di Kota Belud, JKKK digunakan apabila ada masalah di kampung-kampung yang lagaknya dilayan seperti kadam kepada Yang Berhormat wakil rakyat, namun akan tetapi segala projek pembangunan dari peruntukan mana pun sama ada dari KPLB, Peruntukan Khas ADUN dan Parlimen, semuanya dikendalikan oleh syarikat-syarikat kontraktor dari sekecil zarah hingga sebesar gajah, yang dikendalikan secara kronisme. Dalam masa yang sama JKKK juga tidak diberi peluang untuk memantau setiap projek yang dilaksanakan cuma diberi elaun RM100 sebulan oleh KPLB. Ini kerana semua tugas memantau projek telah diambil-alih oleh tukang pukul PKR atau adik beradik serta saudara mara wakil rakyat.


Dengan elaun RM100 dari KPLB, mana mungkin JKKK boleh mengendalikan mesyuarat bulanan dengan sempurna serta membuat profile kampung. Oleh itu kalau beginilah keadaan JKKK adalah dicadangkan lebih baik kerajaan UMNO Sabah melantik para kontraktor sebagai JKKK di kampung-kampung dan maksud singkatan JKKK ditukar kepada Jawatankuasa Kroni dan Kontraktor Kampung untuk membantu mengendalikan projek atas kepentingan pihak-pihak tertentu.


Namun jika sekiranya kerajaan Sabah ingin benar-benar melaksanakan gagasan 1Malaysia. Rakayat Didahulukan. Pencapain Diutamakan yang diilhamkan oleh YAB PM, maka sewajarnya kerajaan mengembalikan semula kuasa kepada JKKK untuk mengendalikan projek-projek di bawah kerajaan negeri dan peruntukan khas ADUN serta Parlimen dan kembalikan juga kuasa kepada JKKK untuk memantau setiap pembangunan yang dibawa masuk ke kampung-kampung serta wujudkan tabung-tabung JKKK di setiap kampung melalui projek pembangunan yang masuk di kampung-kampung.


Oleh yang demikian kami pengundi penentu masa depan kerajaan berfikiran sekiranya Kerajaan Sabah khasnya MP Kota Belud dan para ADUNnya tidak mampu atau enggan mengembalikan kuasa serta memberi peluang kepada JKKK untuk mengendalikan projek kerajaan negeri dan peruntukan khas ADUN serta Parlimen maka ada baiknya kami membuat keputusan Pakai Roket pergi ke Bulan dan menggunakan Mata Sabit...Makan Sup Panas-panas (SAPP).

Sekian, Terima Kasih.

Mohon diperhalusi.

17 ulasan:

  1. Assalamualaikum...Patutlah abang-abang yb lantik JKKK orang tua2 yang tidak tau menulis dan membaca...supaya senang disembelih macam ayam daging... jangan begitu abang yb

    BalasPadam
  2. selamat t-hari,

    saya di lihat di kampung sayap, JKKK ikut saja apa pegawai2 cakap...tiada tau peraturan dan takut lawan cakap pegawai walaupun itu pegawai salah

    BalasPadam
  3. Sdr Salam hormat..

    Peranan JKKK sudah lama diperkatakan..rasa saya JKKK mansuhkan sahaja, lantik satu tugas dan jawatan baru...kerana JKKK di KB langsung tidak berefungsi dengan baik..?

    BalasPadam
  4. salah YB juga, pilih yang tiada sekol. YB mau makan banyak, itu pilih orang tiada sekol. YB takut bila JKKK ada sekol masam sana semananjung YB tarak boleh duduk diam. Panas saja pantat diaorang. Lepasan graduan ada kanapa tidak pilih diaorang saja. Kasi gaji lebih lah ni ndak elaun pun rm100 sapa mau...ayo...yo

    BalasPadam
  5. salam ziarah,

    Saya dimaklumkan ramai JKKK telah tamat tempoh perkhidmatan mereka. Namun cerita terbaru sekarang dalam proses penyambungan. Mungkin salah satu tak dapat projek selama ni disebabkan kuasa mereka telah "expired". Jadi kontraktor ambil peluang lah kot....Kawasan kami di Kg.Tamau pun kuasa JKKKnya dalam proses penyambungan....

    BalasPadam
  6. Salam Uladtangila,

    Semua itu kerana ada kepentingan politik itu sebab lantik orang tiada skol.

    BalasPadam
  7. Salam,

    1. Saya keliru siapa sebenarnya yang pilih JKKK ini?.. YB atau penduduk kampung?.. Kalau YB maka memang sengaja cari nahaslah sebab biasanya JKKK adalah orang yang menjadi penyokong kuat YB semasa pilihanraya dan memang amat perlu untuk orang itu berpengetahuan. Kalau penduduk kampung, maka salah mereka. Kenapa pilih orang yang tak tahu peraturan dan sebagainya.

    2. Untu bersikap adil kepada YB-YB, saya minta penulis menyemak apakah peraturan yang sedang berkuatkuasa mengenai pelaksanaan projek-projek pembangunan di kampung-kampung. Setahu saya, projek pembangunan walau apapun memerlukan lesen tertentu kecuali yang dikatogerikan sebagai dilaksanakan secara gotong-royong (itupun kalau masih ada). Dan, oleh kerana JKKK tidak mempunyai lesen yang dimaksudkan maka kerja-kerja berkenaan tidak dapat diberikan kepada mereka. Dipihak kerajaan, pelaksanaan oleh kontraktor berlesen perlu bagi memudahkan pemantauan projek. Tiada guna projek dibawa ke sesuatu tempat kalau ianya tidak memenuhi kualiti yang sepatutnya. Takut-takut, buat jambatan, jambatan runtuh.. Kalau itu terjadi, siapa yang akan bertanggungjawab. Selain itu, dikhuatiri ada masalah pembayaran.

    3. Saya tertarik dengan isu beri JKKK buat projek supaya mereka ada duit tabung. Tiada projek maka JKKK tiada duit tabunglah untuk bantu orang yang memerlukan. Saya agak "reserved" untuk bersetuju dengan andaian ini kerana pada saya andaian sedemikian kurang tepat. Sekadar berkongsi maklumat, sebuah kampung di Selangor yang bernama kampung Kanchong Darat(Kampung ini adalah kampung Misbun Sidek) yang merupakan kampung terbaik dalam pertandingan PKKK tahun 2000, mempunyai simpanan berjumlah lebih RM1 juta. Mungkin kalian tidak percaya tapi ini adalah kenyataan.

    3. Apa yang mereka lakukan ialah bermula dengan membuat kutipan bulanan daripada setiap keluarga dalam jumlah yang sedikit mungkin RM5(jumlah sebanr saya tidak ingat). Duit ini disimpan di dalam akaun khas didalam bank. Setelah beberapa tahun, melalui JKKK mereka membentuk satu jk pelaburan yang bjwb menentukan kemanakh duit ini boleh dilaburkan agar berkembang. Contohnya ASB, Tabung Haji dsb. Nah, bukankah ini merupakan salah satu cara untuk mengadakan tabung JKKK kalau benar-benar mau?... Dan, sebagai tambahan, penduduk kampung ini hampir semua melakukan usaha sendiri seperti kerepek pisang, kuih muih, penternakan, dsb.

    4. Masalahnya, orang kita kurang rajin mencari jalan.. Malas berfikir. Harap semua datang dengan mudah saja.. Dan, kerja yang paling mudah itu ialah minta projek.. sebab itu sepanjang masa sentiasa sembang politik. Bagaimana kalau kita semua duduk memikirkan apa yang boleh dibuat untuk memajukan kampung masing-masing tanpa mengharapkan projek 100%. Mula dengan diri sendiri. Tengok-tengok belakang rumah kalau-kalau ada tanah yang boleh diusahakan. Tapi, benda begini lambat dapat duit bah kan... orang kita tidak suka.

    5. Akhir sekali, sebelum orang kata saya TSP saya ingin memaklumkan bahawa saya bukan TSP. Nampaknya kena tukar nama ni kalau mcm ni.. kesian TSP asyik kena tuduh sebab tulisan saya. Maaf Tan Sri.. Walaupun Tan Sri tidak kenal saya, saya harap mudah-mudahan kita dapat berkenalan suatu masa nanti. Saya kagum kebijaksanaan Tan Sri..

    BalasPadam
  8. Salam,

    Saudra Belum Pendekar....memang betul kampung Misbun menang dalam pertandingan tersebut...namun saya ingin bertanya kembali kepada sdra, apakah taraf hidup penduduk Sabah khasnya di Kota Belud boleh disamakan dengan taraf hidup penduduk Selanggor..Untuk pengetahuan sdra Sabah negeri termiskin di Malaysia manakala Selangor negeri terkaya di Malaysia (berstatus negeri maju). Apakah logik buah durian dibandingkan dengan buah manggis?

    Untuk makluman sdra yg termaklum, RM5 sangat berhrga untuk penduduk Kota Belud. kadang2 nelayan pergi ke laut seharian belum tentu dapat RM5...inikan pula nak menderma. saya tau sdra sememangnya pun bukan TSP tetapi cuba menyamar sebagai TSP...semalam saya baru duduk semeja dengan TSP...saya tahu siapa sdra sebenarnya...IP sdra kami sdh dapat kesan!!!

    BalasPadam
  9. Salam.

    1. Saya tidak pernah mengaku bahawa saya TSP dan saya tidak berniat menyamar jadi beliau.

    2. Kalau sudah kenal baguslah.. sekurang-kurang sdra tahu yang saya memberikan komen berdasarkan fakta.

    3. Cuma saya nak tanya, adakah oleh kerana sesebuah negeri itu kaya maka rakyatnya akan kaya atau rakyat kaya maka negeri itu akan dikatakan negeri kaya?.. kalau tidak berusaha sdra, sampai kiamat pun rakyat kita akan tetap miskin. Saya katakan dalam penulisan saya, isunya SIKAP... ubah sikap maka kita akan maju.. jangan hanya tunggu projek sepanjang masa... Tolong teliti pandangan saya dengan mata dan hati terbuka.

    4. IP sudah dapat kesan?.. jadi, apa masalahnya?.. Kalau Takut Dipukul Ombak, Jangan Berumah DiTepi Pantai sdra...

    BalasPadam
  10. Salam,

    Sdra Belum Pendekar...nampaknya sdra tidak berpengalaman dalam urus tadbir negara, meaning that's in 'e economics factor to influence 'e living cost in Sabah is diferrent if u compare with Selangor... saya beritahu saya bertahun-tahun lamanya terlibat dalam urus tadbir negara...

    cuba sdra bandingkan kemajuan ekonomi Malaysia dengan Indonesia, sudah pasti sdra tahu jawapannya...siapa kata orang Indonesia tidak rajin? cuba sdra lihat di Sabah khasnya di Kota Belud bagaimana kerajinan mereka bercucuk tanam, tanam ini tanam itu dan sebagainya...maka itu saya ingin bertanya kembali kenapa ekonomi nagara Indonesia tidak sebangding dengan Malaysia?....Ini bukan parsoalan sikap semata-mata karena ada lagi faktor yang mempengaruhinya.

    BalasPadam
  11. Salam kembali sdra Ulad Tangila,

    1. Pertama, barangkali saya tidak sehebat sdra dalam urus tadbir negara. Begitu juga, barangkali saya tidaklah sehebat sdra dalam bidang ekonomi khususnya berkaitan dengan tadbir urus negara. Maklumlah saya ni orang kampung. Pun begitu, dalam isu ini kita tidak bercakap mengenai faktor ekonomi yang mempengaruhi "cost of living". Kita berbicara mengenai apa cara/kaedah yang boleh diambil untuk memajukan ekonomi orang kampung selain bergantung kepada PRPJEK dari YB.

    2. Terlanjur sdra menyebut mengenai "cost of living", saya ingin bertanya kepada sdra yang berpengalaman bertahun-tahun dalam urus tadbir negara ini, adakah sdra mengatakan bahawa "cost of living" di selangor lebih rendah dari sabah?.. saya tidak pernah sampai ke selangor, tetapi saya membayangkan bahawa sebagai sebuah negeri yang hampir dengan Kuala Lumpur sudah tentulah semuanya memerlukan duit. Pendek kata asal bergerak sedikit saja, duit.. bahkan nak kencingpun kena bayar duit..belum kira parking dan sebagainya lagi.. dan sudah tentu juga harga barang keperluan harian seperti sayur, ikan dan sebagainya lebih mahal daripada apa yang ada di kota belud misalnya. Kalau demikianlah hakikatnya, apa yang sdra maksudkan dengan "cost of living"?. Tapi, tidak tahulah pula kalau dalam hukum ekonomi dan tadbir urus negara pandangan saya ini salah. maksudnya, makin maju sesebuah negeri maka "cost of living" menjadi semakin murah.. Yang pasti, kalau dibandingkan sara hidup di KK tetap lebih tinggi dari kos hidup di KB. Itu hakikat.

    3. Justeru, saya mengatakan bahawa kesukaran hidup atau kemiskinan kita tidak boleh dijadikan alasan untuk mengharap PROJEK daripada YB semata-mata. Kenapa tidak cuba untuk mencari alternatif yang lain? Saya percaya bahawa kalaupun negeri selangor itu kaya, rakyatnya suatu masa dulu juga miskin.. Masalahnya, orang yang faham dan pakar dalam ekonomi serta urus tadbir negara juga seolah-olah terikat dengan pemikiran yang sama. Ada projek dari YB baru boleh buat tabung untuk bantu masyarakat yang susah... Kalau RM5 itu terlalu besar jumlahnya, maka kenapa tidak buat dalam jumlah yang kecil?.. Tidak jadi masalah pun kalau kita mengambil masa yang lebih panjang dari mereka.

    BalasPadam
  12. sambungan..

    4. Mengenai ekonomi Indonesia, saya yang tidak tahu ekonomi ini nak tahu dari sdra, bagaimanakah sebenarnya kita membandingkan ekonomi antara dua buah negara?.. Atau apakah ukuran taraf ekonomi "rakyat" sesebuah negara sebenarnya?.. Setahu saya, salah satu daripada ukuran taraf ekonomi sesebuah negara ialah berdasarkan "jumlah pendapatan perkapita". Pun demikian, perkiraan nilai ini tidaklah dapat dijadikan gambaran yang tepat kepada taraf ekonomi rakyat kerana ia berdasarkan kepada purata semata-mata. Keadaan ini menjadi lebih teruk lagi jika bilangan rakyat menjadi terlalu banyak seperti Indonesia yang penduduknya lebih kurang 200 juta orang berbanding negara kita yang hanya 26 juta orang. Maknanya, kalau kita andaikan bahawa 10 juta rakyat malaysia adalah kaya dengan pendapatan 100 ribu sebulan, maka kita akan mendapati bahawa berdasarkan pendapatan perkapita, negara kita akan dianggap negara kaya atau sederhana. Ini adalah kerana seperuh daripada penduduknya adalah kaya. Berbanding jika kita andaikan sebanyak 40 juta orang kaya dengan pendapatan yang sama di Indonesia misalnya, sumbangan mereka terhadap taraf ekonomi negara tidaklah seberapa kerana hanya kira-kira 20% daripada rakyatnya adalah kaya. Maknanya, Indonesia masih kekal jadi negara miskin. Walhal hakikat sebenarnya, Indonesia mempunyai lebih ramai orang kaya iaitu 40 juta berbanding 10 juta di Malaysia. Lebih beruntung, barangan mereka pula lebih murah.


    5. Apapun kaedahnya, saya tetap mengatakan bahawa kalau hanya negeri kita kaya, tidak bermakna rakyat juga akan jadi kaya dan begitulah sebaliknya. Seterusnya, benarkah orang Indonesia yang ada di Sabah itu miskin dalam ertikata tiada/kurang kemampuan untuk berbelanja?.. Saya percaya, mereka sebenarnya sengaja memilih untuk kelihatan hidup susah/ sedemikian kerana mereka tidak mahu membangkitkan perasaan tidak puas hati dikalangan penduduk tempatan.

    6. Saya setuju dengan sdra bahawa orang Indonesia di Sabah/KB rajin-rajin belaka. Ini contoh yang paling baik untuk kita renung. Cuba sdra bandingkan kehidupan mereka dengan kehidupan orang-orang kita sendiri? siapa yang lebih baik?.. dengan keadaan persekitaran yang sama iaitu sama-sama tinggal di KB, apa lagi faktor yang menyebabkan mereka hidup senang berbanding kita kalau bukan SIKAP?.. Yang jelas sdra sendiri kata mereka lebih rajin.

    7. Amat malang, kita ada orang berpengalaman dan banyak pengetahuan dalam soal urus tadbir negara dan ekonomi tetapi masih mengharapkan/memandang projek YB untuk membantu membangunkan bangsanya.

    Walahualam...

    BalasPadam
  13. askum ulad tangila,

    saya setuju dengan saudara jkkk sekarang ini semata-mata hanya hiasan wakil rakyat je? kalau ada masalah projek barulah jkkk kena cari, tapi kalau soal kauntungan jkkk tatap dilupakan........

    BalasPadam
  14. salam semua...

    betul ckp si belum pendekar...
    apa mau telampau begantung sama yb...knp rezeki dtg dr yb ka...projek sj ka yg boleh buat org hidup mewah..knp semua org selangor tu kaya ka...mau tau ka knp selangor tu diisthar paling kaya dan maju??

    bukan penduduk nya yg kaya...malah jurang perbezaan pendapatan di selangor telalu jauh...

    nnti aku sambung lagi...mau tebirak plak aku..

    BalasPadam
  15. Salam Sdr BKB,Topik JKKK Hilang Wibawa, Salah siapa?amat menarik. Tugas seorang Pengerusi JKKK tidaklah semudah yang difikirkan. Lajimnya penduduk kampong mentafsirkan bahawa Jawatan JKKK adalah orang-orang terpilih yang diberi projek oleh YB.

    Bila ada tangapan seperti ini,apapun masalah di kampong JKKK menjadi sasaran. Misalanya jambatan rosak,JKKK akan dipersalahkan.Tuduhan JKKK tidak pandai buat kerja dan JKKK tidur.Inilah masalah JKKK bila tidak ada peruntukan diberikan oleh YB.Dimana mencari wang membaiki jambatan yang rosak itu jika JKKK jika tidak diberi peruntukan?Orang kampong sekarang banyak karenah.Bila dibawa gotong royong tak mahu datang alasannya sibuk dan ada pula bertanya,"ada gajikah ?"untuk beli beras.

    Justeruitu amat wajarlah YB salurkan peruntukan yang mencukupi kepada setiap JKKK.Ini amat penting menjaga kewibawaan dan marwah JKKK terus dicemuh oleh penduduk kampong kerana kegagalan memenuhi kebajikan mereka.

    BalasPadam