Khamis, 10 Disember 2009

Kota Belud: Makna Tersirat Disebalik 1Malaysia.



Kerajaan Malaysia dibawa pimpinan DSN telah melancarkan gagasan “1Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan.” Akan tetapi bagi para pemimpin di Kota Belud serta para pegawai khasnya pegawai-pegawai di Pejabat Daerah Kota Belud mempunyai makna tersirat khusus dalam usaha menghayati apa itu gagasan 1Malaysia.

Bagi para pemimpin ADUN Tempasuk DHMJ, gagasan ini mempunyai makna yang mendalam dan meresap dalam jiwanya. Gagasan ini yang memberi sumber inspirasi kepada diri DHMJ. Lihat sahaja PKR DHMJ bagi DUN Tempasuk. Tidak terkecuali sepupu kepada DHMJ iaitu saudara Arshad Bistari dan Rusdin Mustafa turut menghayati gagasan 1Malaysia.

Manakala bagi DARD pemimpin peringkat Parlimen P.169 Kota Belud tidak ketinggalan menghayati Gagasan 1Malaysia. Beliau merupakan pendorong utama dan sebagai pembakar semangat kepada adiknya, Tajuddin Hj. Dahlan. Semangat yang meresap dalam jiwa sanubari Tajuddin Hj Dahlan turut memberi inspirasi kepada Ah King dan Rashid Midan dan juga saudara Aslee Parlin. Akan tetapi bagi DUN N7 Usukan, Datuk Japlin selaku ADUN telah mempelopori semangat 1Malaysia dan beliau terbukti tersenarai dalam Book of Record dari SPRM (Seni Pertambahan Ringgit Malaysia).

Oleh yang demikian, sekiranya kerajaan BN masih menggunakan khidmat wakil-wakil rakyat ini di Kota Belud, saya rasa gagasan 1Malaysia akan tercapai dengan jayanya sebelum tahun 2020 dan kekayaan dapat dipertingkatkan. Namun jangan lupa ini hanya untuk sanak saudara, kaum kerabat pemimpin serta para tukang pukul dan tukang kipasnya sahaja…orang lain jangan mimpi!

Bagi pegawai kerajaan khasnya kakitangan Pejabat Daerah Kota Belud terutamanya di Bahagian Pembangunan, gagasan 1Malaysia sudah sedia difahami dan mereka terdahulu yang mengahayatinya dengan penuh perasaan. Siapa tidak tahu akan semangat mereka…tiada siapa yang boleh menafikannya…Rakyat Didahulukan(…Merana) dan Pencapaian Diutamakan (…dalam usaha mengejar kekayaan).

Mungkin inilah yang dikatakan sandiawara dunia…


Rujukan: Kamus Peninggalan Tuan Karun

7 ulasan:

  1. oleh kerana isu yg dipaparkan kali ini melibatkan nama2 individu maka terlalu sukar utk saya memberi ulasan.

    namun saya mengucapkan tahniah atas keberanian menyampaikan apa yg tersirat...

    salam MO

    BalasPadam
  2. Hentikanlah menabur fitnah,kembali ke pangkal jalan....biarlah menjadi penulis berintegriti

    BalasPadam
  3. tahniah ulatangila..apa yang saudara tulis ada kebenarannya..satu kota belud, kroni didahulukan, rasuah diutamakan..

    BalasPadam
  4. salam ulad tangila, saya bersetuju dengan saudara, semua ini ada kebenarannya dimana baru-baru ini kebanyakan projek paip graviti yang dibawah seliaan PDKB tidak berkualiti dan batang paip yang digunakan pula tada kelulusan sirim... belum sebulan batang paip pecah...PJKK kg merungut pegawai PDKB dan YB-YB pula buat tak tahu je.....mungkin kontraktor kroni coz...betulah kata watasikadi..kroni didahulukan, keuntungan dibahagikan...

    BalasPadam
  5. assalamualaikum saudara ulad tangila..saya setuju dengan komen saudara.sungguh berani menyuarakan pendapat tapi kita ja yang berdebat di sini,YB tu dan sanak saudara serta kaum kerabatnya yang kaya raya.kita ni sebagai rakyat tetap miskin..di kota belud ni rakyat didahulukan,pencapaian di utamakan mempunyai makna yang amat mendalam..rumah batu diutamakan,kereta besar didahulukan.

    BalasPadam
  6. salam uladtangila,

    kemarin ada aku suruh pak belalang tilik siapa yang dapat projek jembatan dekat umah roslan manshor tu, tadi aku buka blog pak belalang tak ada jawapan pun, mungkin pak belalang itu kawan roslan manshor coz atau pak belalang hilang ilmu sudah waktu dia tilik itu senyum kambing dulu' boleh ker uladtangila tilik siapa yang dapat projek jambatan dekat rumah roslan manshor(ajk bahagian)........

    BalasPadam