Isnin, 30 November 2009

POLITIK IRRANUN DAN KEBANGKITAN

Di Manakah Formula 2:1:1?


Semangat kaum Irranun untuk menjadi pemimpin mula melonjak berkobar-kobar setelah Tan Sri Pandikar Amin Haji Mulia menang dalam pilihanraya DUN Sabah pada tahun 1994. Sebelum itu tiada seorang pun daripada sukubangsa Irranun yang sanggup menjadi calon melainkan Tan Sri Pandikar, ini pun dalam keadaan agak terpaksa demi sukubangsa Irranun. Kemenangan Tan Sri Pandikar telah memberi ruang kepada beliau untuk menjawat, jawatan penting dalam kabinet negeri Sabah.


Semenjak itulah semangat sukubangsa Irranun untuk menjadi calon telah mula berkobar-kobar, menyebabkan ramai yang cuba melobi untuk menjadi calon dan ada diantaranya cuba pula mencantas Tan Sri Pandikar juga sebaliknya. Namun demikian tidak kurang pula yang mengambil keputusan untuk bertanding sama ada atas tiket pembangkang mahupun tiket bebas. Sebagai contoh Datu Bandira Datu Alang, Razak Rakunman, Norbin Aluh, dan Awang Laiman. Namun terdapat juga calon seperti saudara Masud Nanang yang menarik diri sebelum pembuangan undi dan menjual pencalonannya kepada BN dengan harga RM10,000.


Pada masa sekarang ini pula setelah Tan Sri Pandikar tidak dicalonkan oleh BN pada pilihanraya 2008 kerana kononnya dicantas oleh anak kepada rakan karibnya yang ketika dahulu memegang jawatan Ketua Kampung. Namun Tan Sri Pandikar tetap dengan kependikarannya, menjadikan Pak Lah tiada pilihan melainkan melantik beliau untuk menjadi Pengerusi Tetap Dewan Rakyat akibat faktor kegagalan BN mencapai 2/3 di Parlimen.


Ketika ini timbul pula desas-desus dikalangan sukubangsa Irranun, terdapat beberapa pihak berlumba-lumba, lobi-melobi semata-mata mahu menjadi calon wakil rakyat, antaranya saudara Roslan Manshor, Baghdad Turogan, Idris Kisab dan beberapa orang lagi di kalangan dalam parti UMNO. Namun apa saya agak simpati dengan pemikiran politik Idris Kisab yang baru setahun jagung dalam permainan politik sudah pula berangan-angan menjadi wakil rakyat. Seperti yang saya maklum antara kriteria yang biasanya dinilai sebagai calon oleh BN adalah seseorang calon mestilah mempunyai kemampuan ekonomi selain ada kereta besar, rumah besar tetapi isteri besar tidak diambilkira. Idris Kisab tidak memiliki kesemua kriteria ini dan tidak mampu memilikinya kecuali, ini akan menyebabkan liabiliti kepada parti BN dan UMNO khasnya jika dipilih menjadi calon untuk mewakili BN.


Namun demikian kekuatan ekonomi Idris Kisab mungkin mampu dipertingkatkan memandangkan baru-baru ini, beliau dikhabarkan melaksanakan projek Jambatan Kg Tawadakan menggunakan lesen saudara Baghdad Turogan (Titian Jasa Enterprise). Keadaan jambatan yang memerlukan pembaikan segera sebelum ini menjadi kontroversi apabila ada pihak yang menyiarkannya di dalam akhbar. Maka ini tidak syak lagi bahawa dalang disebalik penyebaran Jamabatan Tawadakan ini dalam surat khabar dan blog adalah saudara Idris Kisab dan Baghdad Turogan (PKR Tempasuk) dan kemungkinan atas nasihat ADUN N6 Tempasuk.


Sukubangsa Irranun diseru berfikir sejenak dan jangan berangan-angan serta berebut-rebutan mahu menjadi calon. Janganlah berebut-rebutan memiliki barang yang tidak sepadan dengan kamu, akibatnya kamu akan ketinggalan dan balik ke zaman purba. Kenapa saya berfikiran demikian? Cuba kamu bayangkan kawasan N6 Tempasuk 60% pengundi dari sukubangsa Irranun. Kerana sikap Irranun yang berebut-rebutan menyebabkan sukubangsa ini tercicir daripada senarai calon. Persoalannya:-

1. Adakah sukubangsa Irranun ini lebih berakal (nyaudud akal yan).

2. Adakah sukubangsa Irranun ini kurang akal (daah akal yan).


Oleh yang demikian, saya menyeru kepada sukubangsa Irranun, berbaktilah kepada masyarakat dan kaum kamu serta jangan berebut-rebutan. Berangan-angan macam Mat Jenin di atas kelapa dikhuatiri jatuh tercedera pula, alangkah susahnya. Cuba anda bayangkan dulu orang yang paling berangan-angan menjadi calon BN di Tempasuk seperti Mastan Hj Hassan pada tahun 2004 dan pada ketika itu dia memegang jawatan Naib Ketua Bahagian UMNO dan selepas itu saudara Awang Salleh Hj Mahmud pula yang melobi jadi calon BN, hinggakan beliau menggunakan wang melebihi RM100,000. oleh itu sampai sekarang khabar 2 orang ini dalam politik Kota Belud tidak timbul-timbul.


Oleh yang demikian akhir sekali saya menyeru, janganlah berebut-rebutan dan bersatulah supaya akan datang kawasan DUN N6 Tempasuk diwakili oleh sukubangsa Irranun dengan mengembalikan formula 2:1:1 Semoga kalian berjaya hendaknya.

9 ulasan:

  1. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.

    BalasPadam
  2. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.

    BalasPadam
  3. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.

    BalasPadam
  4. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.

    BalasPadam
  5. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.

    BalasPadam
  6. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.

    BalasPadam
  7. Salam BKB,

    saya amat berharap perbincangan yg serius mengenai masa depan politik kaum Irranun disertai dengan komen dan pandangan yg serius sebagai menggambarkan imej bangsa irranun sebagai sebuah bangsa yg bermaruah, berperibadi tinggi, berintegriti dan bermoral tinggi.

    Tetapi membaca komen-komen yg dipaparkan, menyedihkan saya. Inikah imej bloggers Irranun atau bangsa kita yg mahu ditunjukkan kepada pembaca?

    Sedarlah! menulis adalah satu amal yg mendapat ganjaran di dunia dan akhirat. Menulis bukan untuk mendapatkan bala' kepada bangsa dan agama...

    Salam MO

    BalasPadam
  8. salam ziarah,

    Saudara berani kerana benar,

    Secara peribadi saya mengakui bahawa masyarakat Iranun sebenarnya berpecah belah...ssetiap yang mereka lakukan pasti ada agenda tersendiri. Saya amat benci dengan pemimpin yang suka bermuka-muka, begitu juga orang lain.

    Bukan sahaja dari segi kepolitikkan, ekonomi dan agama pun turut berpecah. Lihat sahaja masjid dan surau di sekitar Kota Belud, Sunyi sepi tidak berpenghuni. Ceritanya ibarat sebatang lidi dengan seberkas lidi....Apabila kita tidak bersatu maka kita akan mudah hancur...tetapi apabila kita bersatu insyallah pasti kita akan teguh. Sikap melobi untuk menjadi pemimpin pada saya tidak perlu dilakukan memadai kita berjuang atas kemampuan diri....Fahamilah tugas pemimpin itu amatlah berat...kecuali bagi mereka yang benar-benar tahu keupayaan diri dan nawaitu sebenar mereka....

    BalasPadam
  9. apalah ada pd yg besar2...
    pemimpin yg kita cari adalah pemimpin yg berjiwa rkyat. yg mn merasa susahnya rakyat.menyelami perasaan rakyat. bukan yg ".... antara kriteria yang biasanya dinilai sebagai calon oleh BN adalah seseorang calon mestilah mempunyai kemampuan ekonomi selain ada kereta besar, rumah besar tetapi isteri besar tidak diambilkira..."

    renungkanlah..dunia ni hanya pinjaman.. pemimpin yg layak adalah dikalangn yg membawa agama (ISLAM) kepada kita... bukan harta dunia yg jadi pembalut nafsu semata2.

    BalasPadam