Jumaat, 27 November 2009

DSSK dan TSP: Sekapal Tidak Sehaluan
















Sedikit latarbelakang DSSK. Beliau berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Sains Politik. Setelah tamat pengajian, beliau dilantik sebagai Pegawai Daerah Kota Belud. Kemudian beliau menceburi bidang politik sebagai salah seorang calon bagi DUN Usukan. Malangnya beliau tidak pernah menang dalam pilihanraya yang pernah disertainya sehinggalah UMNO dibawah masuk ke Sabah oleh Tun Datu Mustapha. Kemudian beliau dipilih sebagai calon UMNO bagi DUN Usukan. Beliau berjaya memenanginya buat kali pertama dalam sejarah hidupnya. Kemudian beliau dilantik sebagai Ketua Menteri Sabah menggantikan Tun Sakaran yang dilantik sebagai TYT Sabah. Namun langit ternyata tidak selalunya cerah apabila beliau terpaksa meninggalkan kerusi empuk Ketua Menteri Sabah namun bukan kerana skandal rasuah mahupun dipecat tetapi akibat janji DS. Dr. Mahathir (sekarang Tun) bahawa Sabah merupakan satunya-satunya negeri yang diberikan keistimewaan oleh Mahathir dengan menghadiahkan penggiliran kuasa Ketua Menteri. Kemudian pada pilihanraya seterusnya Tahun 2004, DSSK telah diamanahkan oleh Pak Lah untuk mewakili penduduk Kota Belud sebagai MP Kota Belud. Namun demikian malang tidak berbau, DSSK telah tersingkir daripada senarai calon PRU-12. Lebih malang lagi ketika itu beliau tidak mempunyai sebarang jawatan dalam parti UMNO. Ini kerana demi memenuhi janji yang dibuatnya dihadapan Pak Lah bahawa beliau tidak akan bertanding bagi mempertahankan jawatan Ketua Bahagian UMNO P.169 Kota Belud. Malang yang menimpah dalam kerjaya politik DSSK akhirnya menjadi dendam kesumat terhadap DHMJ yang dianggap oleh beliau sebagai ahli politik yang kurang matang kerana sanggup mengimport beras dari Thailand sedangkan beras tempatan berlambak di pasaran.


TSP atau lebih senang dikenali dikalangan sukubangsa Irranun dengan panggilan sebagai Bugang dan dalam laman sesawang beliau lebih senang dipanggil Pendikar Cahaya. Itulah panggilan TSP bagi kalangan sukubangsa Irranun. Bagi sukubangsa selain Irranun, beliau lebih senang dan kenampakan gembira dengan panggilan Pak Amin. Beliau mempunyai liku-liku perjuangan politik yang terlalu panjang untuk diceritakan. Secara ringkasnya beliau berkelulusan LLB dan terlibat lapangan politik bermula dengan menyertai PAKEMAS sebagai penerus kepada perjuangan Saudara Pinjaman Hassin yang mana Pinjaman juga merupakan penerus kepada perjuangan Haji Mulia. Kemudiannya beliau bertanding dalam beberapa siri pilihanraya DUN Sabah. Ketokohan beliau sebagai pemimpin akhirnya terserla setelah menenagi Pilihanraya DUN Tempasuk dibawah payung TUN Mustapha (ketika itu sebagai pembangkang). Kebijaksanaan TSP lebih menyerlah setelah berjaya merampas AKAR daripada penguasaan Datuk Mark Koding dan setelah itu beliau menjadi Presiden AKAR. Beliau pernah menjawat pelbagai jawatan sama ada di peringkat Negeri Sabah dan peringkat persekutuan sebagai menteri. Namun demikian beliau juga menerima nasib yang sama seperti DSSK disebabkan aliran politik kurang matang oleh DHMJ yang lebih rela mengimport beras Thailand daripada menggunakan beras tempatan super wangi. Tetapi bah kata pepatah “tuah ayam nampak di kaki tetapi tuah manusia siapa tahu”. Akibat pencapaian PRU-12 yang yang terburuk dalam sejarah BN sejak 50 tahun yang lalu, maka Pak Lah (ketika itu PM), tiada pilihan terpaksa melantik TSP sebagai Dewan Rakyat memandangkan BN gagal mencapai sasaran 2/3 di Parlimen. Bagi mengelakkan kecelaruan di Parlimen dan untuk menjadikan kerajaan lebih menguasai Parlimen walaupun gagal mencapai 2/3, maka TSP merupakan orang yang paling layak dan tepat menjawat, jawatan Speaker Dewan Rakyat.


DSSK dan TSP merupakan rakan sepermainan yang bukan lagi asing bagi Daerah Kota Belud malahan pada peringkat nasional pun nama kedua-dua individu ini sedikit mencorakkan politik tanahair. Berbalik kepada malang yang menimpa DSSK dan TSP, telah menyebabkan mereka terpaksa mewujudkan persepakatan politik, namun pemerhati politik lebih melihat persepakatan mereka sebagai “persepakatan kawan dan lawan”. Apa yang dimaksudkan dengan persepakatan kawan dan lawan akan ceritakan kemudian.

Persepakatan politik ini telah mewujudkan momentum politik yang menyebabkan lahirnya TEAM A dan TEAM B dalam UMNO Kota Belud. TEAM A terdiri daripada DSSK, TSP dan Barur. Manakala TEAM B pula terdiri daripada DHMJ, Japlin Akim, Awadnir Matanggal dan Tadzul Radim. Ini apa yang tersenarai dalam kertas. Namun demikian yang tidak tersenarai lain pula ceritanya.


Berikut adalah situasi yang terjadi:

1. Selepas kekalahan Tadzul Radim dalam pertandingan pemilihan ketua pemuda UMNO Kota Belud, DSSK telah menghubungi beliau dan menyatakan sokongan terhadap perjuangan Tadzul dan menasihatinya agar tidak berputus-asa walaupun mengalami kekalahan. DSSK secara peribadi menyatakan akan memberi peluang kepada Tadzul sekiranya beliau mempunyai keupayaan untuk berbuat demikian. DSSK juga turut meluahkan rasa kekesalan yang amat dalam berhubung konspirasi yang menyebabkan kekalahan Tadzuldan beliau dengan nada ikhlas menyatakan itulah kehendak TSP.

2. Selepas kekalahan DHMJ dalam pertandingan merebut jawatan Ketua Bahagian UMNO Kota Belud, TSP meluahkan rasa kesal atas kekalahan itu dan beliau melahirkan rasa simpati terhadap nasib yang menimpah DHMJ. TSP menyatakan itu adalah kehendak DSSK dan konco-konconya. TSP memberi isyarat bahawa beliau terpaksa melakukannya demi janjinya terhadap DSSK.


Sedikit sejarah bagaimana DHMJ, Japlin Akim dan Barur terlibat dalam arena politik. Mereka ini merupakan insan ciptaan politik TSP bagi menentang dan seterusnya membunuh kerjaya politik DSSK. DHMJ merupakan anak didik TSP dan TSP adalah mahagurunya. Seingat saya pada tahun 1999 TSP tidak berjaya menyenaraikan diri sebagai calon wakil rakyat bagi DUN Tempasuk kerana dicantas oleh DSSK. Maka TSP meletakkan syarat iaitu sekirannya TSP tidak dapat dicalonkan maka beliau mesti diberikan hak untuk memilih orang yang menggantikannya. Maka beliau membuat keputusan yang didalam jangkaan bahawa insan menjadi pilihan beliau adalah DHMJ sebagai calon bagi DUN Tempasuk. Disinilah bermula kerjaya politik DHMJ secara sepenuh masa.


Manakala Japlin Akim pula juga merupakan insan ciptaan politik TSP yang dihadiahkan khas buat DSSK. Sokongan TSP secara terang-terangan kenampakan sewaktu pertandingan pemilihan ketua pemuda UMNO Kota Belud pada tahun 2004, di mana secara terang-terangan konco-konco TSP (seperti Masbok) berkempen bagi pihak Japlin Akim, yang ketika itu lawan Japlin untuk merebut jawatan ketua pemuda adalah Ibadat Mohamad insan tajaan DSSK yang juga turut dihadiahkan istimewa buat TSP. Barur @ Baharul Sawi merupakan pemuda yang berkelulusan setakat SPM (sekarang Degree tapi Musli Oli kata degree dibeli dari Filipina). Barur merupakan insan ciptaan politik terbaru TSP setakat ini bagi menggantikan DHMJ yang disifatkan oleh TSP sebagai penderhaka kepada Mahaguru.


Walaupun wujud TEAM A dan TEAM B, tetapi sebenarnya diluar kertas hanya DSSK dan TSP yang mencorakkan politik di Kota Belud. Mereka dilihat pada dasarnya merupakan regu tetapi hakikatnya regu yang boleh kita katakan “SEKAPAL TIDAK SEHALUAN”. DSSK dan TSP mencipta lebih banyak kemungkinan politik di Kota Belud. DSSK secara diam-diam lebih banyak menyokong serta mendesak agar sukubangsa Irranun lebih ke hadapan dalam arena politik, dengan matlamat serempang dua mata iaitu demi membunuh kerjaya politik TSP secara diam-diam. Manakala TSP seperti yang saya katakan sebelum ini, pula lebih ke arah cuba mewujudkan semangat kebangkitan sukubangsa Bajau dalam arena politik Kota Belud atau dalam ertikata yang lebih mulia mencari ayam sabungan untuk dilagakan kepada DSSK. Ringkasnya DSSK dan TSP telah menyebabkan meletusnya perang dingin politik Kota Belud.

10 ulasan:

  1. dalam apa juga penulisan, fakta mesti tepat supaya ulasan itu tidak goyah.

    "ayat Pak Lah memilih DSSK sebagai calon MP mewakili rakyat Kota Belud pada 2004" fakta itu lebih tepat kalau dijelaskan sebelum 2004 DSSK telah dua penggal menjadi MP Kota Belud sejak 1995. Pada pilihanraya 1999 sekali lagi beliau juga menjadi calon MP dan menang. 2004 adalah penggal ketiga sebagai MP.

    sdra perlu mengkaji punca sebenar kenapa DSSK dan TSP tidak dipilih calon pada PRU12. Ini bukan isu Kota Belud tetapi isu yang lebih besar. Ada masa saya akan ulas.

    BalasPadam
  2. Salam,
    Terima kasih, atas teguran dan bimbingan sdra Musli...

    Teguran sdra sebagai penganalisis yang saya sifatkan penganalisis bertaraf global sangat2 dihargai...semoga sdra tidak jemu berkunjungan, terima kasih...

    BalasPadam
  3. Pelik tapi betul sennyumkambing dianggap oleh Roslan mansor sebagai musuh. Setiapkomen sennyumkambing yg membongkar muslihat Roslan Mansor didelete. Beberapa komen senyumkambing dalam blog kalapa mawar.. walaupun tidak mengecam kalapa mawar, tapi roslan mansor.. didelete.

    Senyumkmambing hanya mempersoalkan kejujuran roslan mansor.. kenapa setiap postingnya dalam kalapa mawar.. tidak pernah mangantam musbah.. tapi tarus manarus mangantam pandikar dan salleh said karuak.

    Dalam blog kalapa mawar.. tiada nama lain yang jaguh.. hanya roslan mansor..blog kalapa mawar.. mengagung-agungkan roslan mansor.. tiada lain yang paling baik.. masti roslan mansor.

    Roslan mansor ini gergaji dua mata.. sumpah mati sokong pandikar depan pandikar.. suka mati sokong datuk salleh.. masa mesyuarat bahagian.. sumpah mati sokong musbah… hingga kin sokong… sabab dato musbah salalu kasi dia duit.. sabab itu hingga sakarang sokong dato musbah.

    Bini roslan.. sumpah mati.. sokong saida.. jadi roslan dan bini semua dapat. Kiri kanan dapat.

    Dolu ako tak tau ini rosalan.. tapi baca-baca.. kawan-kawan blognya.. blog siti farhana, mapaitantu.. paikan kb, depu-depu.. pendakar tua, idahan.samua bunyinya hampir sama.. kasi buruk pandikar dan dato salleh.. tapi musbah tidak.

    Ako komen rosalan dalam blog kalapa mawar dia delete.. sabab takot orang lain baca.. kaburukannya.. sakarang ako buat komen pada semua blog.. soal roslan.. sabab dia ini busuk hati.
    Roslan ini tidak sukak lawat blog orang lain.. dia tumpuh pada kalapa mawar.. sabab di kalapa mawar.. kasih buruk dato salleh TSP.

    Itu blog siti farhana,kawan roslan punya.. mungkin juga dia sendiri… menghina DSSK dan TSP.. dia juga buat sarita buruk.buruk. mengenai dssk dan TSP… tapi pru-12 lalu tiap ari ada rumah tsp di rampayan.. konon kempen.. dapat duit.. itu muar bagi duit dia tidak bagi sama rakyat.. dia makan sandiri.. kasi baik rumah.. bikin karita..

    Itu musbah bagi duit dia tidak bagi.. masok pukit sandiri.

    Ini roslan.. sakarang… buat banyak banyak blog.. suroh kawan-kawan.. kasih naik nama..

    BalasPadam
  4. Sdra Senyum Kambing...sabar2 tarik nafas panjang2, usah diturutkan gelora perasaan...

    BalasPadam
  5. Satu penulisan yang menggambarkan perjalanan senario politik di Kota Belud. Siapa pun yang berkuasa di Kota Belud, RM dan ekonomi kenalah kuat. Saudara pun tahu juga hal demikian. Pertembungan Team A dan Team B ini tidak dapat dinafikan. Team A berkempen di rumah sahaja namun Team B berkempen di dewan2, akhirnya team A berjaya mengalahkan Team B. memang menarik dan menghiburkan walapun KM Musa dalam team B.

    BalasPadam
  6. komen ako di atas roslan mansor delete dalam blog kalapa mawar

    BalasPadam
  7. Salam Semua Blogger,

    Atas prinsip membela kepada kebenaran, saya terpaksa turun dari pertapahan gunung tiga di balik pulau, setelah rakan-rakan blogger seperti Saudara, Abu, Nyawa bin Badan, Pendikar Tuan, Saudari Siti Farhana dan lain-lain lagi merayu kepada saya untuk mengamankan bloger Kota Belud kerana angkara kehadiran syaitan yang bernama Senyumkambing. Melihat kesungguhan mereka mengharungi lautan dengan ombak semata-mata ingin menemui saya dan mengkhabarkan berita pengamukan Senyumankambing yang telah menghuru harakan dunia blogger tanpa belas ikhsan dan seterusnya meminta bantuan mengembalikan keamanan mereka seperti sedia kala. Ramai di antara mereka membawa khabar yang sedih, sehingga ada yang tidak dapat makan kerana memikirkan keadaan itu.

    Dikhabarkan juga Senyumkambing ini tidak lagi mendengar apa orang cakap, sebaliknya membelasah orang dengan penuh kejam, sehinggakan saudari Watababi meminta senyumkambing kembali ke dunia kelahirannya di dalam blognya. Sekarang ini insan yang menjadi mangsanya pula ialah si Roslan dengan rakan-rakannya, kononnya berkompolot menaikkannya.

    Saudara-saudara dan saudari sekalian, maka atas perintah Tok Guru saya agar membantu mereka yang dalam kesusahan, saya dengan rela hati membongkar di sebalik siapa sebenarnya Senyumkambing ini. Lalu saya bingkas dari tempat duduk selama 6 bulan kerana melakukan pertapahan sambil mengamalkan jurus-jurus yang diajar oleh Tok Guru. Lalu saya mendoakan agar saya ditujukan siapa sebenarnya Senyumkambing, dengan tiba-tiba wajah Saudara Musram telah ditayangkan oleh cermin yang berada dihadapan kami.

    Lalu saya bertanyakan bertanyakan kenapa Musram melakukan, menurut cermin sakti itu, saudara Musram marah kerana rakan bloger yang lain membangkitkan peruntukan RM 6,000.00 oleh Datuk Musbah kepadanya, ramai mempersoalkan kewajaran Musram memperolehi peruntukan demikian kerana ramai lagi orang-orang Datuk Musbah yang tidak dapat dibantu. Ekoran daripada itu Saudara Musram menulis artekil yang berkaitan syaitan, dengki dan sebagainya. Ekoran itu saudara Idahan mempersoalkan tindakan Musram itu, sehinggakan bertanya siapa yang dimaksudkan oleh Musram syaitan dan sebagainya itu.

    Diakhir-akhir ini kegelagatnya hamper-hampir kedapatan bahawa Kelapa Mawar adalah blognya sendiri peranan Blog Dayang Wulan dimatikan untuk tujuan menghentam pemimpin. Apabila menyedari tabiatnya sudah diketahui, maka dia menjadikan Roslan Haji Manshor kambing hitam bagi menutup sikapnya yang buruk ini. Dia tuduh Roslan macam dari perasuah kepada talam dua muka dan berbagai-bagai lagi.

    BalasPadam
  8. Sambungan
    Sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh juga ke tanah, cuba saudara baca hujah Senyumkambing dan bandingkan hujahnya di dalam blog Dayang Wulan kira-kira lima bulan lalu, semuanya sama sewaktu dia mempertikaikan kewibawaan Roslan jadi pemimpin.

    Sebenarnya Senyumkambing ini atau nama sebenarnya Musram bukanlah juga orang yang baik, dulu sewaktu dia jadi pengurus SAFMA berapa ratus ribu duit SAFMA dia lesapkan sehinggakan ditangkap oleh SPRM satu ketika dulu. Dia ini seorang perasuah, dan bukan sahaja seorang perasuah wang akan tetapi sanggup merasuah orang dengan isterinya pertama dulu.

    Masihkah tuan-tuan ingat sewaktu Arwah Tun Ghafar Baba menjadi timbalan perdana menteri Malaysia, bukankah dia telah menyerahkan isterinya untuk santapan Tun Ghafar sehingga sanggupkan menceraikannya. Lepas itu dia ikut ke Kuala Lumpur jadi budak suruhan Tun Ghafar bekerja sebagai kidi di padang Golf semata-mata untuk memenuhi nafsu serakahnya yang mata duitan. Kasihan Toh Puan Didi Haryati, sekarang ini jadi kaya raya apabila Tun Ghafar Menginggal dunia, Musram pula gigit jari jadi peminta sedekah di sana-sini.

    Menurut cermin sakti ini juga, saudara Razak adik kepada Musram tidak suka gayahnya yang sentiasa berlagak hidup mewah, tetapi papa kedana dan merempat, bayaunya Cikgu Akinin pun mati oleh dia tempat dia minta sedekah.

    Kepada rakan-rakan bloger khususunya yang mengunjungi saya di gunung tiga dibalik pulau, pulanglah dan khabarkan kepada mereka siapa sebenarnya Senyumkambing ini. Dialah sebenar Musram laknutllah, doakan dia pendek umur, binasa sehingga dia insap dari perbuatannya yang keji ini. Jika keadaan ini masih berterusan sebut sahaja nama saya innsyallah saya akan datang dengan bala dia untuk menghapuskan dia di dalam dunia blog ini.

    Sekian, terima kasih.

    BalasPadam
  9. Salam Semua Rakan Bloger,

    Nampak sudah kamu siapa Musram, macam bintang tenggiling pura-pura mati. Sebenarnya dia main wayang kulit, dulu watak dayang wulanya digunakan menghentam pemimpin. Sekarang dia tukar dengan Kelapa Mawar, lepas tu dia tuduh si Roslan punya, patutlah sekarang hidupnya merempat kerana di dalam kehidupannya tidak keikhlasan. Nak tahu kenapa dia marah dengan si Roslan, sebab dia tuduh si Roslan konon yang mensensaikan pasal projek jalanraya RM6,000.00 yang diluluskan oleh Datuk Musbah kepadanya.

    Sebenarnya dia sebarkan yang dia kena bagi projek oleh Datuk Musbah, sebab minta puji dengan adun tempasuk ini dan PKRnya saudara Baghdad. Dia tidak sedar sebenarnya dia tersilap langkah sebab telah menimbulkan pertikaian kewajaran dapat projek itu di kalangan bloger Kota Belud. Dia buat artekil sifat syaitan dan dengki konon untuk mengajar pembaca blog tentang sifat itu. Lagi orang tambah marah. Akhir sekali dia serang si Roslan, pada tanggapannya si Roslan yang menyebabkan keburukan dibicarakan setiap blog di Kota Belud. Dia cakap si Roslan ini ramai rakan blog.

    Untuk saudara Musram insaflah dari melakukan memfitnah semua blog samara kau. Untuk makluman saudara pemilik blog di Kota Belud telah mengecam saudara, walau apapun cara saudara beberbicara. Dulu pun kau pakai Blog Dayang Wulan hentam pendikar, Roslan, DHJM, DSSK, Japli dan siapa sahaja yang bergelar pemimpin.

    Abu Nawas lahir adalah kerana pembalasan hokum karma terhadap saudara, dimana sekalipun saudara berselindungpun saudara dapat dikenali. Semua orang tahu Senyumkambing adalah kau MUSRAM HAJI RAKUMAN. Jangan cuba berbicara terlalu baik dikalangan bloger Kota Belud, mereka semua tahu kau yang dulu seorang pemabuk, penipu, kaki perempuan, sangggup jual isteri hanya kerana membiayai kemewahan hidup kau.

    Kesian si Roslan yang tidak bersalah dianyia oleh kau, kalau kau berani jumpa dia ba bincang baru nu kau anak delah. Itu petiau bana kau tapuk tak watak Senyumkambing. Dah nu kau berlagak, mangkin kau menghina si Roslan memon bodo kau tepelu kang. Denikanku Musram rentian do kau mekemalu jomo sebelum jomo mekemalu kau.

    BalasPadam
  10. ngam kita abunawas.ako tida kanal kao.kao pun tida kanal ako.somo somo kiti muat bloger kb jadi ransak. setigad kiti.. nyak run nabar. sepatai kiti nyak run nabar.kao suda abis betapa selidik itu musram. ako pulak suda selidik ito ruslan.

    musram ito ako balum batol batol tao.kalo ako suda tao baro dapat antam.sakarang ako tao itu ruslan. azrone sikit sikit.ako akan hantam siapa saja antam pamimpin kota belud.

    bloger kb one one ako selidik. ako tau nanti ako antam. ako bacha bloger kb, bnyak bagus, tapi bloger ta ada blog, masam abunawas.. memang bagos. betapa dapat ilmo dan sarita musram. ako sukak sarita ini.mula ini hari ako cari sarita musram ini.mungkin ini urang important. kalo tida important, mna mungkin jau jau ito abunwas betapak cari ito sarita musram.

    kalo ruslan mansor ako tiada betapa bacha blog kb.blog kawan-kawan dia, all pujik itu ruslan, in the mean time kasi bosok itu datuk salleh, kasi bosok pandikar.

    kao sarita abunawas itu blog dayanggwulan ada kasi borok itu pamimpin. ako balum jumpa. semua sarita politik. ako masok itu blog dayanggwulan 2 jam sari sarita tida jumpa kasi borok itu datuk salleh, kasi borok itu musbah, kasi borok itu japlin,kasi borok pandikar. ako jumpa poll managai pamimpin kota belud. tarus tarang ako tiada undi ito poll.

    kao abunawas taruskan sarita, kasi bosok ito mushram, ako tarus sarita ito ruslan.okey. kalo ako bole tulis basaha cina, ako tulis sini, tapi kao ta tao.

    BalasPadam