Sabtu, 7 November 2009

Kampung Tamau: JETI SIAP TAPI TAK IKUT SPESIFIKASI



Kewujudan jeti di Kampung Tamau adalah kebanggaan penduduk Kg Tamau. Namun demikian apa yang menyedihkan adalah pembinaan jeti tersebut adalah tidak mengikut spesifikasi. Amatlah menyedihkan apabila piha-pihak berkenaan menutup mata tanpa berbuat apa-apa tindakan membetulkan keadaan ini. Adakah pihak berkenaan mendapat sebarang sagu hati hinggakan sanggup membutakan mata yang tidak buta?

Bahan binaan yang digunakan terdiri daripada bahan yang kurang tahan. Malahan semasa saya melawat jeti berkenaan, saya mendapati kayu bergergajinya daripada pengamatan saya kemungkinan besar hasil daripada pembalakan haram. Ini berdasarkan keadaan kayu tersebut memandangkan pengalaman saya bukanlah orang baru dalam timber industry.

Saya menganggarkan kos pembinaan jeti tersebut hanya sekitar RM
80,000.00 sahaja. Namun saya difahamkan peruntukan jeti tersebut adalah berjumlah RM170,000.00 Untuk pengetahuan umum jeti tersebut langsung tidak dicat oleh kontraktor berkenaan, manakala sekiranya dipukul oleh ombak kecil pondok jeti tersebut bergegar macam nak runtuh. Saya melarang anak-anak saya menaiki pondok tersebut kerana risau pondok jeti tersebut runtuh. Tangga yang dibina pun adalah terlalu tinggi untuk dinaiki.

Mengikut pengalaman saya dalam bidang pembinaan selama lebih kurang 9 tahun, jika keadaan pemibinaan semacam ini, mana mungkin PPNS boleh meluluskannya. Harap pihak berkenaan membuka mata terutamanya para wakil rakyat di Kota Belud khasnya MP Kota Belud.

3 ulasan:

  1. salam saudara uladtangila,
    satu posting yang seharusnya dipanjangkan kepada YB kita. jika peruntukan dari parlimen panjangkanlah kesana dan jika dari DUN maka panjang kepada ADUN. saya percaya perkara seperti ini hasil ketipudayaan orang tengah antara YB dan kontraktor seperti pegawai khas YB lah contohnya. belum projek jalan sudah ngap habis. kontraktor terpaksa bagi takut lain kali tak dapat prujik. laporan kepejabat daerah juga harus dibuat. mungkin kes ini sama macam projek LCD masjid dan tandas di kampung ambong. tapi tu baru 15, 000 setiap satu. saya terus gambar dan post diblog saya dan terus panjangkan kepada YB ahli parlimen. sekarang tandas sudah diubahsuai mengikut spesifikasi. tapi tu la pun akhirnya saya PAS juga..

    BalasPadam
  2. saya amat penyokong atas keberanian mu uladtangila...sya merupakan anak jati kmpung tamau juga,...merasakan perkara ini patut di suarakan diperingkat..atasan..

    BalasPadam