Sabtu, 21 November 2009

KONSPIRASI POLITIK IRRANUN



















Sedar atau tidak Idris Kisab semakin mengukir nama dalam persada politik Kota Belud. Nama Idris Kisab mula melonjak sejak memenangi pemilihan AJK Pemuda UMNO Kota Belud pada Mesyuarat Agung 2008. Namanya semakin menyerlah setelah berjaya dalam Pemilihan Wakil 2 pada Perhimpunan Tahunan UMNO 2009 bersama rakannya Husaimi Maslin.


Idris Kisab seorang ahli politik yang tidak boleh dinafikan kebijaksanaanya berpolitik walaupun boleh dikatakan setahun jagung dalam arena politik peringkat UMNO Bahagian. Keupayaan seni persilatan politik beliau terbukti telah berjaya “mengambil kesempatan dalam kesempitan”. Contoh yang paling jelas, beliau mampu menundukkan Tadzul Radim dan Barur dengan keupayaan tipu muslihatnya atau dengan istilah yang lebih mulia didengar “talam dua muka”.


Pada dasarnya beliau menyokong perjuangan Tadzul Radim namun dalam masa yang sama beliau menikam Tadzul Radim dari belakang dengan kapasiti sebagai pemberi maklumat atau dengan istilah lebih mulia sebagai “tali barut”. Dalam konspirasi tersebut beliau bukan berseorangan, Husaimi Maslin turut memainkan peranan menyalurkan maklumat. Sebagai imbalan, Barur menjanjikan sokongan dan seterusnya kemenangan kepada Idris Kisab dan kepada Husaimi Maslin sedikit cenderahati. Namun Husaimi Maslin lebih berjasa, kerana beliau merupakan wakil yang dipilih oleh Tadzul Radim sebagai Pemerhati. Dengan kapasiti sebagai pemerhati Husaimi merupakan orang yang mewakil Tadzul Radim semasa pengiraan undi dilaksanakan, dengan membuka mulut menyatakan undi rosak (untuk Tadzul), maka Barur semakin hampir mencapai kejayaan dan akhirnya amanah Barur terhadap Husaimi terbukti berjaya dilaksanakan.


Dengan kapasiti dan pengalaman saya sebagai penganalisis politik serta pejuang kemnusiaan, perkara ini bukanlah mustahil untuk dikongsikan kepada pengetahuan umum. Sepanjang penyelidikan saya mengenai senario politik di Kota Belud, pelbagai perkara mengenai hal-ehwal politik yang agak mustahil diterima akal oleh golongan bukan ahli politik “jari lurus, kelingking berkait”.


Satu persoalan utama siapa memayungi Idris Kisab? Idris Kisab merupakan insan politik yang lahir dari perancangan rapi Baghdad Turugan dan nama ini termasuk dalam master-plan Baghdad. Idris merupakan ciptaan politik sebagai alat. Seperti yang saya sebutkan tadi bahawa Idris turut terlibat sebagai orang yang turut terlibat dalam kekalahan Tadzul Radim. Dikhuatiri apabila Tadzul Radim memenangi jawatan Ketua Pemuda UMNO Bahagian Kota Belud, maka ini melayakkan beliau sebagai salah seorang bakal calon wakil rakyat di Kota Belud. Dalam masa yang sama Baghdad berpura-pura merestui perjuangan Tadzul “ok di luar, di dalam hati siapa tahu”. Namun demikian Baghdad tidak boleh mengisytiharkan diri untuk menawarkan diri secara terang-terangan sebagai bakal wakil rakyat. Baghdad mewujudkan bom jangka yang akan meletup tanpa disedari dan saatnya meletup, pihak pesaing sudah terlambat untuk menyedarinya. Maka dengan itu beliau turut mempergunakan Roslan Haji Manshor sebagai umpan kepada Tan Sri Pandikar Amin Haji Mulia pemimpin sukubangsa Irranun. Namun Tan Sri dengan lebih senang dikenali sebagai Pa’min, bukanlah budak ingusan, Pa’min dapat membaca gerak langkah Baghdad yang cuba merosakkan imej pemimpin sukubangsa tersebut di mata masyarakat Irranun supaya Pa’min kelihatan sebagai pihak yang membunuh kerjaya politik Tadzul. Dalam masa yang sama Baghdad cuba merenggangkan hubungan Roslan Haji Manshor dengan Datuk Haji Musbah Haji Jamli. Apabila beliau mendapati Roslan semakin mendapat tempat di hati Datuk Seri Panglima Mohd Salleh Tun Said, Baghdad turut merencanakan untuk mewujudkan satu lagi watak politik di Daerah Kota Belud, namun beliau tidak mampu melaksanakan rencana tersebut. Akhirnya beliau menyedari lebih mudah melalui Datuk Haji Musbah kerana Baghdad sedia maklum bahawa Musbah sangat rapat dengan Datuk Seri Panglima Musa Bin Aman.


Kesinambungan daripada itu lahirlah Datin Saida. Dengan situasi menang-menang iaitu Musa Aman menang, Musbah Menang dan Baghdad turut juga menang. Datin Saida bakal membunuh kerjaya politik Salleh Tun Said dan kewujudan Datin Saida turut merenggangkan hubungan Roslan dengan Salleh Tun Said. Begitu hebat dan teliti perancangan Baghdad. Namun demikian mampukah Baghdad mewujudkan rencana sedemikian rupa secara bersendirian? Fikir-fikirkanlah!

16 ulasan:

  1. sdr..

    saya tahu cerita ini..kerana itu TSP mula meneliti kembali apa yang sudah berlaku..

    rasanya DSSk juga tahu apa yg sdr katakan itu..terlalu peribadi tetapi jangan seperti menepuk air di dulang terpercik ke muka sendiri..

    TSP sudah mengenal siapa sdr...

    BalasPadam
  2. sdr Pendekar Tau...

    saya juga amat mengenali TSP dan kami kerap berhubung dan duduk semeja...yang benar tetap benar...katakanlah walaupun amat perit untuk didengar...thanks

    BalasPadam
  3. Kebenaran akan terbukti sekiranya itulah yang dikatakan kebenaran hakiki

    BalasPadam
  4. tuliaan yang tiada kebenaran dan bohong. TSP bukan begitu sifatnya.... dssk ada kebenaran.. kerana darah daging membunuh gurunya sendiri msih mengalir... bagdad... tiada pemimpin akar umbi... telah lama jadi AJK bahagian UMNO.. telah lama duduk bersama akar umbi...barur.. naik kerana TSP... Tadzul... bidan terjun... belum ada sumbangan... terus mahu jadi pemimpin..idris... menang... untuk wakil irranun...dalam pemuda... tiada lagi yang menonjol... idris.. menang kerana latar belakang agamanya...kalau tak hati-hati.. akan kecundang kemudian hari... roslan mansur.. menang kerana sifat gergajinya..

    BalasPadam
  5. Sdra Senyum kambing, muka pun kambing, akal pun kambing kerana otak kambing...kerana ibunya kambing?

    BalasPadam
  6. Salam,

    Sdra Senyum Kambing...nampaknya sdra tidak membaca sepenuhnya atau kurang memahami isi kandung artikel saya...

    Cuba sdra baca balik, kemudian cari yang mana satu ayat yang menidakkan atau menghina TSP...ada or tiada?

    BalasPadam
  7. Salam,

    sepandai-pandai tupai melompat ke tanah jua akhirnya!

    BalasPadam
  8. senyum kambing ini tak reti baca...maka itu guna otak kambing lah...bodoh punya orang...kau tiada tempat di laman sesawang para bloger KB lah...p mampus lah

    BalasPadam
  9. salam sdra,

    teruskan berkarya dan menganalisa politik KB. lebih banyak analisa lebih baik utk tatapan rakyat..konspirasi? emm mungkin ya..mungkin secara kebetulan. terpulanglah pada persepsi pembaca.

    salam MO

    BalasPadam
  10. Salam...sdra, saya setuju dengan pandangan sdra Musli, sama ada kebetulan atau ???...perkara telah pun diteliti oleh pihak berkenaan.

    BalasPadam
  11. bangkai punya manusia, terhaprak di Sabah....Hidup Baghdad, Hidup si ukuh Musbah!!!

    BalasPadam
  12. Saudara Uladtangila,

    Mari kita minum di kedai JACK. Saya tunggu sana

    BalasPadam
  13. bodoh punya analsis.. tiru orang punya tulisan

    BalasPadam
  14. salam uladtangila,
    perkara seperti konspirasi politik irranun harus diteruskan dan diperbayakkan. setuju dengan uncle musli, terpulang pada persepsi pembaca. harus diingat dizaman generasi kini, persepsi diterima sebagai maklumat dan segala tohmahan dan tuduhan haruslah ditangani dengan bijak dan bukan melawan membuta tuli. hak pembaca percaya atau tidak.terserah kebijaksanaan pemimpin terlibat untuk menghadapi persepsi yang kini ditakrifkan sebagai maklumat. mereka yang tidak menerima takrifan tersebut agak jauh ketinggalan. apa yang penting dalam berkonspirasi jangalah rakyat menjadi mangsa.

    BalasPadam
  15. salam saya mohon mencelah.. sekiaranya ada idea atau pendapat memperkukuh msayarakat irranun.. tulis lah.. bagaimana memperat hubungan antara suku di Kota Belud.. alangkah eloknya.. saya tiada kemampuan menulis.. mana lah tahu ada para sahabat yang ada idea tulis lah untuk kita kongsi bersama..

    saya juga suka mendengar bercanggahan pendapat untuk memperbanyak percambahan fikirian.. tetapi.. elok diperdebatkan dengan halus.. kemudian simpulkan menjadi idea bernas.
    terima kasih

    BalasPadam